Coleslaw?? Ada yang suka makan coleslaw? Kalau sesiapa yang pernah "melangkah" di KFC mesti pernah makan benda ni,kan3...?? :p
Baiklah,korang mesti tak sabar2 nak tahu macam mana nak buat "Coleslaw" ni kan3...??:p
sediakan pen & kertas ya adik-adik & kakak-kakak ;
Bahan-bahan
- Kobis Putih 1 kg
- Lobak Merah 150 gram
- Mayonis 200 gram
- Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
- Gula Pasir 5 sudu besar
- Garam 1 sudu teh (rata)
- Cuka 1 sudu besar
- Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
- Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
- Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
- Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati.
- Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
- Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
- Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, belasah jer....:p


Adzran
ReplyDeletesila ubah tajuk (header) ke bahasa Melayu. jadikan ruang entri ini sebagai latihan sdr berbahasa Melayu dengan baik.
sila tambah entri yang lain!